RUU 355: DAP Mahu Dengar Dari Muhyiddin, Bukan Dari Tuan Ibrahim


ALOR SETAR – DAP menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menyifatkan kenyataan dari Timbalan Presiden PAS itu adalah mewakili PAS dan bukan mewakili Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM).

Tegas DAP, sepatutnya perkara sebegitu dinyatakan sendiri Presiden PPBM sendiri yang merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata pihak mereka mahu jawapan daripada mulut Muhyiddin sendiri berhubung dakwaan beliau menyatakan sokongan terhadap pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) 1965.

"Pendirian PPBM perlu dijawab oleh Muhiddyin, bukan oleh Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu bagi pihak PPBM," katanya.

Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan Tuan Ibrahim itu tidak mahu di pakai oleh sesetengah pemimpin DAP, maka mereka mengambil sikap berdiam diri apabila di minta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim mendakwa Muhyiddin dalam suatu mesyuarat bersama PAS akan memberi komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk isu yang dikenali sebagai RUU 355 tersebut.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang respon daripada Muhyiddin berhubung kenyataan yang dikeluarkan Tuan Ibrahim yang melibatkan sokongan PPBM terhadap Akta 355. - Kedahnews.com