ALOR SETAR - Kedah tidak teragak-agak untuk mengenakan caj bekalan air mentah kepada Pulau Pinang pada masa akan datang berikutan kos penyelenggaraan tinggi.
Exco Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, sudah tiba masanya perkara itu dibincangkan semula setelah beberapa kali dibangkitkan sebelum ini.
“Selama ini, sumber air dari Sungai Muda diberikan secara percuma kepada Pulau Pinang. Kerajaan negeri juga mahukan pulangan hasil, sampai bila kita harus beri secara percuma, sedangkan Kedah terpaksa menanggung kos penyelenggaraan,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan langkah yang perlu diambil semasa musim kemarau, di Wisma Darul Aman, kelmarin.
Menurutnya, tidak mustahil sekiranya suatu ketika bekalan air mentah ke Pulau Pinang akan dikenakan caj setimpal, selepas pihaknya menyiapkan laporan lebih mendalam.
“Ketika itu, sekiranya kita sudah buat keputusan, kerajaan negeri Pulau Pinang harus akur dan faham kenapa kita berbuat demikian. Mereka harus ingat bahawa sumber air yang diperoleh itu adalah dari negeri Kedah, kita yang bekalkan,” katanya.
Badrol Hisham berkata, adalah lebih baik sekiranya wakil tertinggi kerajaan kedua-dua pihak dapat duduk berbincang untuk kepentingan bersama, berbanding membuat kenyataan secara terbuka.
“Kedah terlalu baik, kita tidak pernah kenakan caj, saya syorkan diadakan perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan, atau boleh dimulakan di peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Exco,” katanya.
Menurut Badrol Hisham, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) tidak sewajarnya mengheret Kedah dalam kemelut air di negeri itu, dengan cuba menyalahkan Kedah.
“Saya sarankan jaga kawasan masing-masing. Apabila Pulau Pinang-Kedah tiada sefahaman, sukar capai keputusan, namun isu ini masih boleh dibincangkan,” katanya.
Sebelum ini, cadangan untuk mengenakan caj sebanyak RM20 juta setahun dibuat sebelum PRU13 ketika Kedah diperintah Pakatan Harapan. Antara alasan dikemukakan, Kedah menampung kos penyelenggaraan sungai dan kawasan tadahan hujan di kawasan Empangan Pedu yang membekalkan air ke Sungai Muda.
Sekali lagi, pada 2013, Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu meneruskan usaha mengenakan caj tersebut dan meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersikap terbuka.
Guan Eng, sebaliknya bertegas tidak akan membayar caj air mentah yang dituntut Kedah dengan alasan air itu dianugerahkan secara percuma, berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa, di mana negeri itu tidak perlu membayar sesen pun kepada Kedah.
Guan Eng mendakwa air yang diambil adalah dari sungai di sebelah negeri itu, bukan dari Kedah.
Sumber: Sinar Harian