Mohd Yusof menunjukkan kolam air kumbahan yang menyebabkan berlakunya pencemaran di sawah berdekatan di tali air FC Naga. |
JITRA - Lebih 100 petani di tali air FC Naga kecewa apabila sawah mereka dicemari dengan air kumbahan dari kawasan perumahan hingga merosakkan hasil pertanian.
Petani mendakwa masalah itu bermula kira-kira 15 tahun lalu sejak kawasan perumahan dibina di kawasan itu dan tiada usaha dilakukan bagi mengatasi masalah itu.
Ismail Hamzah, 68, berkata, sebelum wujudnya perumahan, air di kawasan itu tidak tercemar dan hasil tanaman padi mereka juga tidak merosot berbanding sekarang.
Menurutnya, sejak wujudnya kawasan perumahan itu air di tali air sepanjang 2.5 kilometer di kawasan itu sudah mula berubah warna menjadi kehitaman.
"Air kegunaan penduduk itu mulanya masuk ke sebuah kolam dan seterusnya masuk ke tali air hingga mengalir ke sawah berdekatan.
"Air kehitaman itu bukan saja berbau tapi turut menyebabkan kulit gatal jika digunakan," katanya.
Tambahnya, air kumbahan itu turut menyebabkan tanah di kawasan itu muda jerlus kerana keasidan bahan dari pencemaran itu.
"Bimbang dengan pencemaran itu, ada petani terpaksa meninggalkan sawah mereka kerana takut dengan pelbagai penyakit yang boleh dijangkiti," katanya.
Ismail berkata, masalah itu pernah diadukan kepada pelbagai agensi kerajaan supaya dapat turun bagi menyelesaikan masalah itu supaya tidak berlakunya pencemaran lagi.
"Tapi sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan diambil," katanya.
Mohd Yusof Ahmad, 56, pula berkata, air kumbahan daripada penduduk di taman itu sudah pun wujud seperti kolam hingga mendatangkan bau busuk.
Menurutnya, setiap hari jika musim berangin sudah pasti keluarganya terpaksa menutup pintu dan tingkap kerana bau busuk dari kolam air kumbahan itu.
“Saya bimbang jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan sudah pasti lebih ramai lagi petani akan meninggalkan sawah mereka kerana masalah air kumbahan itu.
"Difahamkan saluran air kumbahan yang masuk ke tali air milik Lembaga Kemajuan Petani Muda (Mada) dikatakan semakin besar dan mencemarkan lebih banyak sawah," katanya.
Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Naga, Ramli Ahmad berkata, masalah itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).
Menurutnya, masalah itu sudah pun dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perancangan dan Pembangunan Majlis bagi kerja pengambilan tanah untuk pembinaan jajaran parit dari belakang Taman Wira Mas.
“Bagaimanapun saya berharap pengambilan itu dapat dipercepatkan supaya masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Masalah itu sudah berlarutan sekian lama dan MDKP perlu mengambil inisiatif bagi mengelak lebih banyak lagi kawasan itu akan tercemar lagi dengan air kumbahan itu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian