SEBELUM ini, pelakon terkenal Fasha Sandha pernah mengakui kini rapat dengan seorang lelaki berusia 30-an.
Bercerita mengenai perkembangan hubungannya dengan jejaka itu, pelakon drama Lara Aishah ini memberitahu dia sudah pun memperkenalkan lelaki itu kepada dua cahaya matanya.
“Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak.
“Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana dia belum menjadi teman istimewa lagi.
“Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius,” katanya memetik laporan myMetro.
Menurut Fasha, dia sudah berkenalan dengan lelaki yang disifatkan positif itu sejak enam bulan lalu.
Dapat pada itu, Fasha akui mencari seseorang yang memahami dirinya sebagai anak seni.
“Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.
“Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya,” katanya.
Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai, namun bercerai pada 18 Januari tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha. – Kedahnews.com