KUALA LUMPUR - Pelakon Idris Khan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya iaitu Sanaa Jaffer, 25, selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.
Idris bagaimanapun berkata, dia dan wanita berasal dari Mahgribi itu tidak akan berkahwin dalam masa terdekat sebaliknya merancang dalam masa dua tahun lagi.
"Jika diikutkan saya sudah bersedia untuk berkahwin dan memang menyasarkan untuk berumah tangga apabila mencecah usia 30 tahun.
"Sekarang umur saya 29 tahun dan ada masa setahun lagi untuk bersedia ke arah itu dan Insya-Allah jika semuanya dipermudahkan kami akan berkahwin," katanya.
Idris ditemui pada program siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL2017) yang diadakan di Sunway Putra Mall di sini, Ahad.
Dalam pada itu, Idris atau Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan berkata, mereka sudah pun bertemu dengan keluarga masing-masing bagi memaklumkan tentang hubungan mereka.
Walaupun berbeza bangsa dan budaya, Idris berkata ia bukan halangan kerana teman wanitanya itu sudah biasa dengan keadaan di Malaysia kerana belajar di negara ini.
"Keluarga tahu tentang hubungan kami berdua dan Alhamdulillah mereka merestui.
"Soal budaya dan bangsa tidak menjadi masalah kepada keluarga saya kerana mereka sendiri sudah biasa kerana bapa bertugas di luar negara sebagai duta.
"Sanaa juga bijak menyesuaikan diri kerana memang belajar di Malaysia malah dia boleh berbahasa Melayu dan saya sedang mengajarnya makan makanan kita," ujarnya.
Sementara itu, Idris berkata, dia selesa dengan Sanaa kerana wanita itu memahami terutama berhubung kerjayanya sebagai pelakon.
Malah Sanaa berfikiran terbuka apabila namanya terpalit dengan kontroversi sebelum ini selain tidak masuk campur kerana mempercayai antara satu sama lain.
"Dia seorang yang mudah dibawa berbincang dan matang dalam pelbagai soal jadi itu membuatkan dia senang memahami pelbagai perkara.
"Malah dia jarang ambil pusing dengan apa juga gosip melanda saya kerana kami saling mempercayai," jelasnya.
Sumber: mStar