“Sejak Habis Sekolah Saya Tak Pernah Bercinta” - Dayang Nurfaizah


MEMANDANGKAN usianya sudah pun mencecah 35 tahun, penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah pastinya tidak dapat lari dari ditanya mengenai perkahwinan.

Meskipun begitu, sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, penyanyi lagu Lelaki Teragung tidak pernah pula dilihat dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Tidak mahu peminat tertanya-tanya, selebriti hitam manis ini mengakui masih lagi belum bertemu cinta sejati.

Menurutnya, kali terakhir dia bercinta adalah pada zaman persekolahan.

“Lelaki teragung saya masih lagi orang yang sama biarpun pertanyaan ini pernah saya jawab, insan itu adalah bapa saya.

“Sejujurnya selepas habis sekolah lagi saya memang tidak pernah bercinta. Mungkin kerana kekangan masa saya sebagai seorang penyanyi membuatkan belum jumpa yang betul-betul sesuai.

“Jadi doakanlah yang baik-baik buat saya. Jika sudah ada dan memang bagus sampai ke jinjang pelamin kenapa tidak untuk dikongsi bersama. Namun sekarang memang belum ada,” katanya kepada Media Hiburan.

Bagi yang menyukai Dayang, mungkin ini peluang yang baik untuk cuba menawan hati bintang bervokal tinggi ini. -Kedahnews.com