WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menerima tamparan hebat apabila arahan eksekutif baharu melibatkan larangan kemasukan rakyat Islam dari beberapa buah negara ke negara itu, dibekukan hanya beberapa jam sebelum larangan itu dikuatkuasakan.
Menurut laporan portal Al Jazeera, seorang hakim sebuah mahkamah persekutuan di Hawaii mengeluarkan perintah untuk menangguhkan larangan tersebut yang disemak semula oleh Trump selepas arahan eksekutif pertamanya pada bulan lalu turut menerima nasib sama.
Peguam Besar Hawaii, Douglas Chin menyifatkan larangan baharu Trump itu menjejaskan masyarakat Islam di negeri tersebut, sektor pelancongan dan kemasukan pelajar asing.
Plaintif yang mengemukakan bantahan terhadap arahan Trump itu, Ismail Elshikh berkata, larangan tersebut juga akan menghalang ibu mentuanya dari Syria untuk datang melawat ke Hawaii.
Berdasarkan arahan terbaharu Trump, sebanyak enam negara dikenakan larangan untuk masuk ke AS selain membekukan program pengambilan pelarian dari negara terlibat.
Susulan perintah mahkamah itu, Trump dengan berang menyifatkan keputusan hakim di Hawaii sebagai situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Malah beliau berazam untuk membawa kes itu sejauh mungkin termasuk ke Mahkamah Agung bagi memastikan arahan tersebut dilaksanakan.
Bulan lalu, hakim mahkamah persekutuan di Washington, James Robart mengeluarkan arahan menghentikan larangan yang dikuatkuatkan oleh Trump yang mengekang kemasukan penduduk dari tujuh negara Islam.
Ekoran perintah itu, Trump mengkaji semula larangan itu dan menetapkan hanya enam buah negara sahaja dikenakan sekatan sementara.
Hawaii menjadi negeri pertama AS membantah larangan baharu Trump itu sebelum disusuli oleh beberapa negeri lain.
Sumber: mStar