ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (PAN) menegaskan bahawa kehendak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya dibawa ke mesyuarat Pakatan Harapan terlebih dahulu sebelum diputuskan.
Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayud berkata, cadangan Mahathir yang mahu Pakatan Harapan menukar nama, logo, simbol dan mewujudkan manifesto baru barisan pembangkang itu perlu dibincang terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Mengenai cadangan menggunakan nama, logo, simbol, dan manifesto baharu, kita akan membincangkannya dalam mesyuarat sebelum keputusan dibuat," tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan secara rasmi parti baru itu memohon untuk diterima masuk sebagai sebahagian dari anggota parti yang membentuk Pakatan Harapan yang kini kuat dipengaruhi DAP.
Walau bagaimanapun, Salahuddin turut menjelaskan bahawa PAN sememangnya menyambut baik hasrat PPBM untuk menyertai gabungan pembangkang tersebut.
"Kita sambut baik hasrat Tun (Dr) Mahathir," ujarnya. - Kedahnews.com