Siapa Sepatutnya Sara Hidup Janda, Anak? Ibu Atau Bekas Suami?


Soalan: Sekiranya orang sudah bercerai duduk kembali dengan ibunya, apakah tanggungjawab ibunya lagi menyara makan minum dia dan anaknya?

- Siti, Johor Bahru.

UKE: Si suami yang dah bercerai itu wajib menanggung nafkah anaknya walaupun sudah bercerai. Maka hendaklah dia mematuhi perintah mahkamah tentang penetapan kadar nafkah tersebut.

Si isteri pula walaupun dah tinggal semula dengan ibu bapanya, maka hendaklah melihat kepada kemampuan si ibu bapanya. 

Kalau mereka pun tak mampu macam mana hendak tanggung dia? Maka hendaklah dia berusaha sedaya mampu untuk menyara diri dan anaknya. Kalau mak dan ayah dia kaya-raya lainlah ceritanya.

Mak dan ayah pula bila anaknya sudah jadi janda dan tinggal pula serumah sekarang, nak atau tak nak terpaksalah berkongsi lagi rumahtangga dan terimalah si anak dan cucu seadanya.

Selalunya mak ayah tak akan membiarkan anak cucu menderita tetapi janganlah si anak cucu pula ambil kesempatan, sebaliknya sama-samalah berusaha dan bekerja supaya keluarga menjadi sejahtera.

Sumber: Utusan