Suami Isteri Maut Dipanah Petir Di Puchong


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dilaporkan maut akibat dipercayai telah dipanah petir di sebuah taman permainan yang terletak di Jalan Kenari, Puchong, semalam.

Pemangku Ketua Polis Serdang, Supt Lee Wai Leong berkata Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, ditemui terbaring oleh orang awam pada kira-kira 6 petang.

"Kedua-dua mangsa dikatakan sedang berjoging di taman permainan itu. Pihak polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai pasangan suami isteriyang dipanah petir.

"Seorang daripada mangsa mempunyai kesan darah di kepala dipercayai akibat terjatuh selepas dipanah petir," katanya memetik laporan Bernama di sini, malam semalam.

Difahamkan bahawa kedua-dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. - Kedahnews.com