PARIS – Beberapa individu tidak dikenali berjaya menceroboh Zoo Thoiry dekat sini kelmarin sebelum menembak mati seekor badak putih dan memotong kedua-dua sumbu haiwan nadir itu.
Jurucakap polis tempatan pada Selasa mengesahkan insiden kejam yang berlaku di taman haiwan tersebut yang terletak kira-kira kira-kira 30 kilometer dari ibu kota Perancis dan ia juga adalah kes pertama di benua Eropah.
Kumpulan suspek dipercayai memecah pintu pagar utama dan melintasi setidak-tidaknya dua penghalang pada lewat malam Isnin, tanpa diketahui lima orang pekerja yang secara kebetulan berada di dalam tempat tersebut.
Badak ikonik bernama Vince yang berusia empat tahun tersebut diserang suspek di kawasan yang menempatkan dua ekor badak lain di zoo seluas 97 hektar dengan menyimpan 1,000 ekor haiwan melibatkan 130 spesies itu.
“Para staf meninggalkan kandang badak pada Isnin. Ketika kembali semula keesokan harinya, mereka menjumpai badak itu sudah pun mati dan kedua-dua tanduk sumbunya didapati hilang,” kata jurucakap polis Perancis.
Pihak polis menambah, badak malang itu ditembak tiga kali di kepalanya sebelum geng penjenayah kejam tersebut memotong sumbu daripada bangkai haiwan mamalia berkenaan dengan hanya menggunakan gergaji mesin.
“Hanya sumbu utamanya yang dicuri,” tambah jurucakap polis. Dua badak lain yang tinggal di kandang yang sama dengan Vince iaitu Gracie, badak betina berusia 37 tahun dan Bruno, si jantan berusia lima tahun terselamat.
“Kejadian buruk seperti ini belum pernah terjadi di mana-mana taman haiwan di Perancis atau seluruh dunia,” ujar pengurus Zoo Thoiry, Thierry Duguet. Taman binatang tersebut mula dibuka untuk lawatan awam sejak 1965.
Thoiry yang menempatkan mahligai bangsawan kerabat diraja Perancis, Château of Thoiry kurun ke-16, turut dilengkapi beberapa kamera litar tertutup tetapi malangnya, ia langsung tidak dipasang di lokasi kandang badak.
Para penyiasat polis menganggarkan sumbu milik Vince bernilai sehingga 40,000 euro (RM188,000) namun di pasaran gelap, ia boleh mencecah harga AS$60,000 (RM267,000); jauh lebih mahal daripada emas atau kokain.
Permintaan terbesar pada kelazimannya datang dari pembeli China dan Vietnam yang terkenal sering menjadikan anggota tubuh haiwan liar sebagai ubat tradisional atau bahan perangsang nafsu syahwat untuk kegiatan seks.
Lapan tahun terakhir, dianggarkan sekitar satu perempat populasi badak dunia dibunuh di Afrika Selatan, yang menjadi rumah untuk 80 peratus daripada jumlah keseluruhan badak. – Agensi