ALOR SETAR - Penyakit kanser payudara merupakan kanser yang sering mengancam golongan wanita di negara ini tidak mengira peringkat umur.
Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, dianggarkan seramai 20 peratus wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut.
Kanser payudara juga dikenal pasti sebagai barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita di Malaysia.
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula menunjukkan kira-kira 94 peratus kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah mencapai tahap paling kritikal, sukar dipulihkan dan berkemungkinan akan membawa maut.
Tidak dinafikan juga, penyakit kanser payudara merupakan penyakit yang berpunca dari genetik keluarga, namun golongan wanita juga perlu berusaha untuk mengelak agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.
Selain itu, faktor yang memainkan peranan penting dalam mengelakkan risiko terkena penyakit kanser payudara adalah dari segi pemakanan.
Berikut adalah lima jenis makanan yang membantu dalam mengelak penyakit kanser payudara bagi wanita:
1. Sayur-sayuran berjenis cruciferous
Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser.
Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi.
Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.
2. Limau gedang
Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang perkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan.
Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.
3. Kacang tanah dan jem mentega kacang
Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.
4. Buah Beri
Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara.
Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.
5. Ikan Salmon
Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser.
Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D. - Kedahnews.com