Tips: Cara Mudah Lepasan SPM Pilih Universiti, Bidang Pengajian


KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu.

Mesti ramai dalam kalangan lepasan SPM kini dilema dan tercari-cari institusi pengajian tinggi awam atau swasta mana yang hendak dipohon serta bidang apa yang harus diambil berdasarkan keputusan yang diperoleh.

Seorang pengguna Facebook, Abdul Muiez Ruslee ada berkongsi cara mudah untuk mengenal pasti syarat kelayakan bagi memohon sesuatu bidang di sesebuah universiti.

Di samping itu, Muiez yang bertugas sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa turut berkongsi beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan seseorang pelajar itu untuk meraih tempat dalam bidang dipilih.
“CK. Saya sudah semak markah merit dan dah juga semak bidang yang boleh saya pohon di http://www.semaksyarat.info.

Seterusnya apa saya nak buat?

Baik. Lepas dah semak semua, apa yang anda perlu buat sekarang ialah SEMAK PULA SYARAT PROGRAM. Yang ini ramai pelajar tak buat. Hello. Syarat program sangat penting hokay.

Biarlah markah merit tinggi melangit pun, tapi kalau syarat program tak lepas, memang tak dapat. Ranking seseorang itu akan turun ke bawah.

Contohnya. Markah merit 85%. Kalau ikut syarat MACAM dah layak nak mohon Asasi Sains di UiTM kan. Tapi bila semak semula SYARAT PROGRAM, tak lepas. Sebab apa? Syarat program untuk ke Asasi Sains ialah Bahasa Inggeris minima gred B DAN calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Sedangkan pelajar itu, walaupun memperolehi merit tinggi tetapi dapat C dalam BI dan ada sedikit cacat anggota iaitu kurang 2 jari tangan. Tetap tak dapat.

Contoh lain, seorang pelajar nak mohon Asasi TESL di UiTM. Mitos yang dia dengar daripada kawan-kawan, biasanya UPU tak mudah-mudah nak bagi pelajar pilihan pertama. Jadi dia isi Asasi TESL dalam pilihan kelima tanpa melihat syarat program walaupun bidang ini dia minat sangat.

Baik. Bila kita semak syarat program, ada satu perkara yang disebut ‘Lulus temu duga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh Fakulti’.

Nampak tak? Semalam CK ada sebut, kalau program temu duga mesti letak dalam pilihan ke berapa? Lupa lettew… Pilihan 1 sampai 4 SAHAJA hokay. Pelajar ni letak pada pilihan ke 5. Layak tak? Tetap TAK LAYAK.

Jadi, semaklah syarat program universiti sebelum memohon ya anak-anak sekalian.

Eh. Ada pula yang tanya. Mana nak cari syarat program. Alamak. Semua nak kena suap ni…

Di dalam laman UPU ada disediakan ruangan syarat program. Cari sendiri.

Kalau tak jumpa juga, tanya Haji. Haji mana? Haji Google. Dia tahu semua benda dalam dunia ni.

Taip saja, SYARAT PROGRAM UiTM. Nanti boleh muat turun fail pdf nya. Kalau mahu tahu senarai program UiTM yang ada temuduga, tanya juga Haji Google. Senang kan?

*UiTM hanya contoh. Janganlah serius sangat.

Keterangan gambar, ini contoh paparan yang muncul dalam web http://www.semaksyarat.info/
Salam subuh. #CKMembebel.”


Oleh itu, Muiez mencadangkan semua lepasan SPM untuk melayari laman sesawang www.semaksyarat.info untuk kemudahan dalam memilih universiti dan bidang yang layak dipohon.

Semoga perkongsian dan info daripada invidivu ini sedikit sebanyak dapat membantu mempermudahkan urusan anda menempatkan diri di mana-mana menara gading yang dipilih. Semoga Berjaya. – Kedahnews.com