Tips Ustaz Kazim Hindar Gangguan Bisikan Syaitan

Gambar Hiasan
Soalan: Ibu saya terkena gangguan. Dia selalu ada lintasan untuk mensyirikkan Allah. Contohnya seperti nampak kelibat salib termasuk terlintas dalam kepala. Apakah yang patut dilakukan?

Anak Risau, Kuala Lumpur.


UKE: Saya risau jika ibu anda melayan apa yang dia rasa atau terlintas di fikirannya yang boleh membawa penyakit was-was atau gangguan perasaan. 

Suka saya menyarankan agar anda mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan Islam atau orang alim untuk membantu ibu anda agar dapat keluar daripada gangguan tersebut.
Mungkin juga anda boleh membawa ibu anda menemui pakar kejiwaan yang mungkin dapat membantu dalam sudut kaunseling. Seterusnya, saya minta agar anda membantu ibu anda dengan beberapa kaedah seperti:
a) Selalu mengamalkan solat berjemaah,
b) Pastikan makanan dimakan bersih termasuk persekitaran luar dan dalam rumah,
c) Biasakan agar ibu anda mandi dengan beberapa biji limau nipis setiap petang,
d) Jadikan Surah al-Mulk sebagai bacaan harian bagi ibu,
e) Selalu amalkan ayat ke-56 daripada Surah Hud sebagai bacaan selepas solat.


Sumber: Utusan