Video Klip Kedua "Ahli Politik Berpeluk Menari" Jadi Viral


Susulan dari penafian Ahli Parlimen DAP berhubung video klip pertama, muncul pula video klip kedua seorang lelaki yang seiras pemimpin pembangkang itu sedang menari bersama seorang wanita di sebuah kelab malam pula tersebar.

Tidak seperti video pertama, rakaman berdurasi 12 saat itu lebih bertumpu kepada kelibat wanita yang tidak dikenali.

Lelaki itu yang dikatakan mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, memakai kemeja-t dan wanita itu dengan gaun dan kedua-duanya kelihatan menari sambil memeluk satu satu lain.

Bagaimanapun, Zairil sebelum ini telah menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya.

"Bukan saya, semuanya mengarut," katanya berhubung video berkenaan yang tidak menjelaskan tentang lokasi dan masa ia dirakam.

Difahamkan bahawa kedua-dua video melibatkan lelaki berkenaan kini telah menjadi viral di media sosial mengaitkan dirinya.

"Gosip" hangat mengenai Zairil ini bukan pertama kali dilaporkan kerana pada Oktober 2014, Ahli Parlimen DAP itu pernah dikaitkan dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud selepas gambar bercium dan berpeluk mereka tersebar di media sosial.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin muda DAP itu berkeras menafikan gosip berkenaan yang tular meluas menjadi bahan cemuhan netizen. - Kedahnews.com