ALOR SETAR - Seorang gadis yang dikenali sebagai Nur Ashikin binti Mohd Khalid, 23, bekerja sebagai penjual ikan di pasar malam telah mendapat perhatian netizen setelah gambarnya sedang menjual ikan menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.
Lebih mesra di sapa dengan panggilan Ikin, dia yang berkelulusan Diploma Pemasaran dari Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim ini memilih untuk membantu ayahnya yang merupakan seorang penjual ikan air tawar di pasar malam Lunas, Kedah.
Ikan yang diniagakan oleh Ikin dan ayahnya adalah ikan lampam, puyu, talapia, selat dan pelbagai jenis ikan air tawar yang lain namun bergantung kepada keadaan cuaca.
Ikin yang gembira dapat membantu ayahnya berkata, dia tidak merasa malu untuk bekerja smenjual ikan asalkan ia dari sumber yang halal.
"Jangan malu kalau kerja kita dari sumber yang halal," katanya.
Menurut Ikin, dia pernah ditawarkan bekerja di bahagian pengurusan sebuah kilang di Kulim selepas tamat pengajian namun dia berhenti disebabkan atas beberapa faktor.
"Saya pernah ditawarkan kerja di bahagian pengurusan di sebuah kilang di Kulim selepas tamat pengajian peringkat diploma, saya hanya bekerja sekejap saja disebabkan faktor suasana tempat kerja yang tidak berapa sesuai.
"Lepas itu saya telah membuat keputusan untuk berniaga ikan di pasar malam sepenuh masa, saya gembira dengan kerja ini kerana ianya fleksibel, tidak terikat dengan apa-apa kekangan seperti kerja makan gaji," ujarnya.
Ikin yang sememangnya minat berniaga sejak kecil mengakui untung berniaga lebih tinggi dari pendapatan makan gaji.
Selain berniaga, Ikin turut menjalankan perniagaan sampingan di atas talian dengan mengiklankan jeruk asam boi dan ikan pekasam yang merupakan perniagaan keluarganya.
Malah, gadis cantik ini turut berpesan kepada graduan di luar supaya jangan memilih kerja dan malu untuk bekerja berpangkat rendah ataupun berniaga kerana berniaga adalah sunnah Nabi dan akan dipandang mulia di sisi Allah.
"Jika belum dapat apa-apa kerja, mulakn diri dgn berniaga kecil-kecilan, belajar berniaga dengan niat menuntut ilmu, insyaAllah memang tidak akan rugi bila berniaga.
"Janganlah malu, nak senang maka berniagalah, sesungguhanya berniaga ini adalah pekerjaan sunnah rasulullah S.A.W," pesannya lagi.- Kedahnews.com