Kakitangan Pejabat Pembangunan Wanita ketika mengedarkan risalah. |
ALOR SETAR - Sebilangan wanita dikhuatiri tidak mengetahui hak mereka sehingga sanggup membiarkan diri terus menjadi mangsa dalam perkahwinan.
Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Kedah, Aisa Azira Abd Aziz berkata, bagaimanapun mereka dapat keluar dari kehidupan sedemikian melalui rujukan di Klinik Perundangan Komuniti.
“Tak semua wanita dapat kebahagiaan berpanjangan seperti diimpikan mereka selepas berkahwin, disebabkan faktor tertentu seperti masalah rumah tangga.
“Bagaimanapun, situasi itu mampu ditangani melalui rujukan kepada pihak yang betul, yang mampu mendengar masalah dan memberi jalan,” katanya.
Menurutnya, setiap peserta akan diberi peluang berkongsi masalah dialami dalam kumpulan mereka di Klinik Perundangan Komuniti selama dua jam.
“Selepas itu, pegawai Sulh akan memberi pandangan dan menerangkan prosedur yang boleh mereka ambil, misalnya berkaitan perundangan,” katanya.
Katanya lagi, klinik berkenaan bermanfaat kerana memberi pengetahuan diperlukan wanita, memberi keberanian untuk mengambil tindakan dan juga menambah kenalan.
“Kita ingin bantu membela nasib mereka. Ada yang bercerai, tak tahu hak mereka. Kita akan ajar dia cara menuntut hak penjagaan anak. Ada juga suami bermasalah, tapi dia tak tahu nak buat apa,” katanya.
Tambahnya, klinik berkenaan diadakan setiap bulan dengan membincangkan isu berbeza melibatkan wanita bagi membantu mereka yang berdepan masalah.
Katanya lagi, sebagai contoh, pihak mereka mengupas isu penceraian pada Februari lepas untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai segala aspek berkaitan cerai.
"Untuk Mac, kita akan mengetengahkan tajuk hak wanita selepas penceraian melalui klinik berkenaan pada 23 Mac nanti," katanya.
Terdahulu, kakitangan Pejabat Pembangunan Wanita Kedah mengedarkan risalah kempen penghargaan terhadap wanita di atas ETS dari Alor Setar-Sungai Petani, di sini, baru-baru ini.
Aisa berkata, kempen ETS sedemikian dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai wanita, walaupun sekadar senyuman.
“Wanita adakala terlalu sibuk menguruskan kehidupan sehingga terlupa menghargai diri sendiri. Jadi, kami ingin memberi galakan kepada mereka,” katanya.
Sumber: Sinar Harian