Warga Emas Di Singapura Maut Lepas Berjaya Tangkap Pokemon


SEORANG lelaki warga emas dilaporkan maut selepas berjaya menangkap pokemon dalam aplikasi permainan Pokemon Go.

Lelaki warga Singapura berusia 67 tahun itu dilaporkan mengalami serangan jantung dalam kejadian yang berlaku di Marina Bay Sands, baru-baru ini.

Warga emas itu kemudian segera dikejarkan ke Hospital Besar Singapura sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

Isteri mangsa berkata suaminya merupakan peminat aplikasi permainan itu sejak ia diperkenalkan pada 6 Julai tahun lalu.

Menurut isterinya lagi, setakat ini mangsa sudah berjaya mengumpul sebanyak 200 jenis spesis pokemon serta kini sudah berada di level 28 permainan terbabit. –Kedahnews.com