Yang di-Pertuan Agong Yakin Kerajaan Akan Tangani Kemerosotan Ringgit


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan keyakinan terhadap kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi menangani kemerosotan nilai ringgit.

Ketika bertitah pada sidang pembukaan Parlimen di sini Isnin, baginda berkata, kemerosotan nilai ringgit berbanding nilai mata wang utama di seluruh dunia memberi kesan terhadap rakyat.

"Penyusutan ini disebabkan faktor dalaman dan luaran.

"Kita yakin bahawa kerajaan akan bertindak dengan penuh komitmen untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin," titak baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-13.

Selain itu Sultan Muhammmad V berkata, kerajaan komited untuk mengukuhkan fiskal sehingga dapat mencapai belanjawan seimbang pada tahun 2020.

"Langkah kukuh akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperluaskan bidang ekonomi negara daripada RM1.3 trilion kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.

"Dalam jangka masa panjang, kerajaan kita akan memacu Malaysia menjadi antara 20 negara memiliki ekonomi stabil," titah baginda.

Baginda turut menggesa semua pihak untuk bekerjasama bagi mengharungi cabaran dengan meningkatkan produktiviti.

Sumber: mStar