ALOR SETAR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa bahawa Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari sebenarnya tidak faham mengenai konsep untuk mencari keredhaan Allah yang diperjuangkan PAS.
Menurutnya, PAS selama ini tidak pernah lari daripada landasan agama dan sentiasa mencari keredhaan Allah dalam setiap perkara mahupun dalam politik atau pun ekonomi.
"Saya agak Zairil tidak faham konsep mencari keredhaan Allah. Apa sahaja yang dilakukan dari segi ekonomi, pentadbiran mahupun politik mesti berlandaskan redha Allah.
"PAS ada matlamat jangka panjang dan apa sahaja yang dibuat oleh parti ini tidak boleh lari daripada landas agama," katanya di ibu negara, semalam.
Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Zairil menerusi laman blognya yang mengkritik kewajaran PAS untuk terus bertapak dalam dunia politik, sekiranya parti Islam itu lebih berminat untuk mencari keredhaan Allah berbanding mencari kemenangan dalam pilihan raya.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, beliau berkata kenyataan Zairil tersebut hanyalah melambangkan perasaan orang-orang kecewa dan tidak mampu terima hakikat bahawa PAS lebih mendahului DAP.
"Kita (PAS) lebih dahulu lawan UMNO berbanding DAP. Sejak pilihan raya tahun 1990-an lagi kita bertanding menentang UMNO.
"Zairil kena ingat, dia tu baru lagi (dalam politik). Sedangkan PAS sudah ada sejak 1951 lagi," katanya memetik Sinar Online, semalam. -Kedahnews.com