25 Fakta Pelik Tapi Menarik Negara Seluruh Dunia


DARIPADA jumlah biri-biri terbanyak dan negara dengan populasi termuda, berikut merupakan 25 fakta-fakta menarik tentang beberapa buah negara di seluruh dunia:

1. Paling banyak zon waktu: Perancis
Dengan 12 zon waktu, Perancis mendahului senarai negara-negara yang mempunyai paling banyak zon waktu, seperti Amerika Syarikat (11) dan Rusia (9).

2. Risiko kesan pemanasan global paling tinggi: Maldives
Oleh kerana ketinggian di atas paras lautnya lebih tinggi sedikit daripada ketinggian seorang lelaki biasa, kepulauan Maldives akan paling terkesan jika paras lautan meningkat akibat pemanasan global.

Risiko kesan pemanasan global paling tinggi: Maldives
3. Paling obes: Nauru
Nauru merupakan republik terkecil di dunia yang terletak di lautan Pasifik. Sejak industri fosfat negara itu berkembang pesat, rata-rata daripada rakyatnya menghidap obesiti selepas pengenalan makanan Barat berlemak tinggi di pulau itu.

Rakyat Nauru mengalami obesiti selepas pengenalan makanan Barat berlemak tinggi di pulau itu.
4. Jalan raya paling unik: Guam
Di Guam, mereka tidak mempunyai pasir semulajadi dan cuma mempunyai terumbu karang. Oleh itu, mereka menggunakan hablur daripada karangan dan minyak untuk membuat jalan raya.

5. Paling banyak biri-biri: Kepulauan Falklands, UK
Jika sebelum ini anda ingat New Zealand negara yang mempunyai paling banyak kambing biri-biri per kapita, anda salah kerana Kepualuan Falklands mempunyai populasi terbesar haiwan itu: sebanyak 350 ekor setiap seorang!

6. Paling tua: Mesir
Mesir merupakab negara paling tua yang wujud di dunia kerana telah membina tamadun sejak 3100 sebelum Masihi.

7. Paling banyak tasik: Kanada
Kanada mempunyai bilangan tasik paling banyak di dunia iaitu sebanyak 3 juta! Malah, negara itu juga mempunyai 60% daripada semua tasik di dunia.

8. Paling kurang populasi: Mongolia
Negara berkueluasan 1,566,000 km persegi ini mempunyai jumlah penduduk paling rendah di dunia, iaitu cuma 3 juta orang, atau cuma 4 orang bagi setiap batu persegi. Cuba bandingkan dengan Macau pula, yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 48,003 orang setiap batu persegi!

9. Paling banyak kereta kebal: Rusia
Walaupun Rusia mempunyai 20,000 buah kereta kebal, namun AS juga memiliki unit yang lebih canggih meskipun jumlahnya hanya 16,000 buah sahaja.

10. Tiada sungai: Arab Saudi
Arab Saudi tidak mempunyai sebatang pun sungai yang merentasi buminya. Namun, teknologi saliran bekalan air mereka adalah antara yang tercanggih di dunia dan mereka juga mempunyai teknologi untuk mendapatlan bekalan air daripada takungan bawah tanah.

11. Populasi paling muda: Niger
Negara benua Afrika ini mempunyai rakyat termuda di dunia, dengan lebih daripada separuh daripadanya berusia bawah 15 tahun.

12. Populasi paling berbagai: India
Mungkin rata-rata daripada kita sangkakan India merupakan sebuah negara yang hanya mempunyai satu bangsa sahaja, namun sebenarnya negara ini kaya dengan kepelbagaian bahasa, budaya agama dan etnik.

13. Populasi paling merosot: Ukraine
Kadar kesuburan Ukraine adalah antara yang terendah di Eropah, iaitu mempunyai kadar kelahiran cuma 1.30 bagi setiap wanita, mengatasi Jepun yang mempunyai kadar kelahiran 1.41 setiap wanita.

14. Paling ramai migrasi: Malta
Atas beberapa faktor yang menyukarkan untuk rakyatnya menetap di tanah air sendiri, Malta mempunyai populasi paling ramai menetap di luar negara. Lebih ramai rakyatnya menetap di negara lain berbanding di dalam Malta sendiri.

15. Paling kecil: Monaco
Vatican City tidak layak digelar negara terkecil kerana ia tidak mempunyai penduduk tetap, berbanding Monaco yang mempunyai rajanya sendiri dan populasi seramai 37,800 orang dengan keluasan cuma 2km persegi.

16. Paling Banyak Hutan: Suriname
Suriname merupakan sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan dan mempunyai paling banyak hutan, iaitu merangkumi 91% daripada buminya.

17. Tiada hutan: Haiti
Haiti pula hampir ketandusan hutan oleh kerana aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal.

18. Tiada ladang: Singapura
Payah untuk mencari nagara yang tiada ladang langsung. Namun, Singapura dan Vatican City merupakan dua buah negara di negara yang tidak mempunyai ladang ternakan atau tanaman.

19. Paling banyak bahasa: Papua New Guinea
Walaupun bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris, namun hanya sebahagian kecil sahaj rakyatnya yang bertutur dalam bahasa itu. Negara itu mempunyai 800 jenis bahasa pertuturan, yang merangkumi 12% daripada jumlah bahasa di seluruh dunia.

20. Paling berpendidikan: Kanada
Separuh daripada populasi Kanada mempunyai pendidikan peringkat universiti, diikuti dengan Israel di tempat kedua dan Jepun di tempat ketiga.

Separuh daripada populasi Kanada mempunyai pendidikan peringkat universiti
21. Paling kering: Libya
Sebahagian besar muka bumi Libya merupakan padang pasir, iaitu 99%. Oleh itu, kebanyakan wilayah di negara itu ada yang sudah tidak menerima walau setitik hujan selama berdekad-dekad lamanya.

22. Paling kurang aman: Syria
Akibat peperangan dan pergaduhan yang tidak henti-henti di negara ini, Syria merupakan negara paling kurang selamat ketika ini.

23. Pembekal oksigen terbesar: Rusia
Rusia merupakan pembekal oksigen terbesar dunia terima kasih kepada Siberia yang mempunyai 1/4 daripada hutan di dunia. Malah, kawasan hutannya juga lebih besar daripada keluasan AS.

Rusia merupakan pembekal oksigen terbesar dunia

24. Pengeluar opium terbesar: Afghanistan
Afghanistan menghasilkan 95% daripada bekalan opium dunia, dengan nilai eksport tahunan sebanyak $4 bilion.

25. Paling ramai banduan: Amerika Syarikat 
Jumlah banduan di AS sangat tinggi iaitu seramai 2 juta orang. China pula jatuh ke tempat kedua dengan jumlah 1.4 juta orang banduan, namun lebih baik jika dibandingkan dengan populasinya yang sebanyak 2 bilion orang itu. - Kedahnews.com