3 Minggu Bulan Madu Di Itali, Sharnaaz Impi 3 Pasang Cahaya Mata


IKATAN cinta di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan pasangannya, Noor Nabila Mohd Noor akhirnya dimeterai pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Seperti mana pasangan baharu berkahwin, Sharnaaz turut menyampaikan hasratnya untuk memiliki sebuah keluarga besar dengan memiliki enam orang cahaya mata.

“Kami belum lagi berbincang tentang perancangan keluarga kerana baharu sahaja berkahwin tapi kalau ditanya tentang anak, kalau boleh saya mahu enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan,” katanya memetik laporan mStar.

Nabila bersama tiga adik perempuannya, Neelofa, Ameera dan Athisha
Jika Sharnaaz meluahkan bilangan anak yang diidamkannya, Nabila pula menyatakan dia tidak menghalang kerjaya Sharnaaz sebagai seorang pelakon namun ia tetap bersyarat.

“Saya hormat kerjaya lakonan dia dan tidak pernah menghalang. Saya juga yakin dia tahu jaga diri dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami. Dia bebas berlakon tapi berbatas,” kata wanita berusia 33 tahun itu.

Pasangan ini memilih Itali sebagai destinasi bulan madu dan akan berada di sana selama tiga minggu. –Kedahnews.com