Zawiah bersama anaknya, Intan yang juga orang kurang upaya |
PENDANG – Rutin harian wanita istimewa ini hanya mampu terbaring dan sesekali duduk di rumahnya di Kampung Kerkau, di sini.
Intan Baizura Ismail, 34, yang dilahirkan normal sering mengalami demam panas sehingga diserang sawan ketika usianya dua bulan menyebabkan dia kini disahkan doktor sebagai orang kurang upaya (OKU).
Ibunya, Zawiah Abdullah, 59, berkata, anaknya itu perlu memakai lampin pakai buang setiap masa dan hanya mampu menerima makanan lembut.
"Intan tak pandai mengunyah, jadi saya perlu buat makanan yang lembik sahaja.
"Dia juga tidak boleh duduk terlalu lama, ada kalanya ketika duduk, Intan rebah ke belakang kerana tidak dapat mengimbangi badannya,” katanya.
Zawiah berkata, anak kedua daripada lima beradik itu tidak boleh bertutur meskipun boleh memanggil ibu.
“Tugas menjaga Intan diambil alih anak bongsu, Shamsul Azman Ismail, 22, apabila saya ke kebun untuk menoreh getah. Shamsul akan pantau kerana bimbang Intan akan melakukan perkara yang boleh membahayakan diri,” katanya.
Menurutnya, suaminya meninggal dunia sejak lapan tahun lalu dan sejak itu dia terpaksa bekerja menyara Intan sambil dibantu Shamsul.
“Anak-anak yang lain bekerja sendiri dan sudah berkahwin. Mereka juga ada tanggungjawab masing-masing,” ceritanya, menahan sebak.
Pendapatan Zawiah sebagai penoreh getah hanya sekitar RM400 sebulan dan sudah dua minggu dia tidak ke kebun kerana hujan.
“Alhamdulillah anak saya ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300. Bantuan ini digunakan sepenuhnya untuk keperluan Intan walaupun kadang-kadang tidak mencukupi,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Zawiah (019-498 9358) atau menyumbang ke akaun Zawiah Abdullah, Bank Agro (2-00-5091-00008872-4).
Sumber: Sinar Harian