BUTTERWORTH – Sebanyak 35 motosikal di sita kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam berkata dalam operasi bermula pukul 5 petang hingga 2 pagi itu, pihaknya memeriksa sebanyak 510 motosikal dan seramai 93 individu turut diperiksa.
“Hasil pemeriksaan itu sebanyak 230 saman dikeluarkan dan 35 buah motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi itu ialah tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, tidak pamer P, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan mengubah suai kenderaan,” katanya di sini semalam.
Operasi bersepadu itu disertai 60 pegawai dan anggota polis serta enam penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan empat anggota Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP).
Azmi berkata dalam operasi itu, JAS turut mengeluarkan 17 saman kerana ekzos mengeluarkan bunyi bising.
Katanya operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kehadiran mat rempit untuk berlumba haram di lebuh raya berkenaan.
Lebuh raya itu menjadi antara ‘litar’ kegemaran mat rempit untuk berlumba haram dan mereka mula berkumpul di kawasan berkenaan sejak pukul 6 petang terutama pada hujung minggu untuk berlumba. – BERNAMA