SEJAK minggu lalu, tular di media sosial mengenai satu babak video unik memaparkan kelibat empat selebriti terkemuka tanah air memakai kostum ala-ala watak adiwira.
Ia sekaligus membawa kepada desas-desus selebriti-selebriti ini iaitu Yuna, Harith Iskander, Zizan Razak dan Siti Nordiana bakal bergabung untuk menjayakan sebuah filem baharu.
Namun setelah disiasat, video berdurasi lapan saat itu sebenarnya merupakan sebuah adegan ‘teaser’ iklan komersial daripada jenama produk minuman susu kultur dari Jepun, Calpis.
Menerusi iklan tersebut, keempat selebriti-selebriti ini bertindak sebagai ‘Superhero Calpis’ yang melindungi perut daripada bakteria jahat.
Berbeza dari iklan susu kultur lain, ‘bakteria jahat’ di dalam iklan ini dilakonkan oleh seekor kucing gergasi namun Superhero Calpis cuba menahan kucing gergasi ini dengan menggunakan kuasa unik mereka.
Memang hebatlah gabungan mereka berempat dalam iklan terbaru Calpis ni, menjadikan iklan ini sangat menarik dan mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton.
Jadi adakah ini bermakna kempat-empat mereka akan menjadi duta-duta Calpis?
Jika benar, pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menonton aksi mereka berempat sebagai ‘superhero’. – Kedahnews.com