GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang berhasrat menaikkan Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) yang kini 48 sen kepada RM1 bagi mengurangkan kadar pembaziran air di negeri ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan meminta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jaseni Maidinsa menulis surat permohonan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam masa terdekat ini.
Menurutnya, kenaikkan itu dirasakan perlu selepas Pulau Pinang mencatatkan pembaziran air paling tinggi di Malaysia berikutan tarif air domestiknya hanya 32 sen setiap 1,000 liter.
"Kerajaan negeri menerima banyak kritikan berkenaan tarif air yang sangat rendah sehingga menyebabkan pembaziran air yang teruk. Banyak pihak meminta kita menaikkan tarif air dan saya akui, setiap kritikan itu ada logiknya.
"Selama sembilan tahun kerajaan negeri bertahan dengan tarif air paling rendah dan ia agak keberatan untuk menaikkan tarif air namun ia tidak boleh dibiarkan. Oleh itu, kita mengambil keputusan agar menaikkan SPA kepada RM1 untuk setiap meter kubik air yang digunakan melebihi 35 meter kubik," katanya kepada media kelmarin.
Terdahulu, Guan Eng dan Jaseni merasmikan Hari Air Sedunia Pulau Pinang 2017 di Taman Rekreasi Kuari di sini semalam.
Guan Eng berkata, kenaikkan itu adalah langkah terakhir untuk mengelakkan pembaziran air di kalangan pengguna domestik di Pulau Pinang.
"Jika usaha ini tidak berjaya, kita tiada pilihan lain melainkan menaikkan tarif air. Permohonan kenaikkan surcaj ini mungkin akan mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk diluluskan. Mungkin ia akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.
"Kerajaan negeri seboleh-bolehnya tidak mahu menaikkan tarif air kerana ia akan membebankan rakyat namun kita tidak ada cara lain. Saya harap dengan kenaikkan SPA ini, ia akan memberi kesedaran kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Jaseni berkata, PBAPP membelanjakan RM91 juta sebagai subsidi untul mengekalkan tarif domestik di Pulau Pinang.
Menurutnya, jumlah besar itu terpaksa ditanggung PBAPP berikutan 25 peratus daripada 504,400 pengguna domestik di negeri ini menggunakan air yang berlebihan.
"Perlu diingat, SPA yang akan dinaikkan ini hanya untuk pengguna domestik yang mana, untuk komersial, mereka membayar penggunaan air mengikut harga pasaran.
"Dari data yang diperolehi, masih ramai pengguna yang membazir air. Dengan itu, PBAPP meminta semua penduduk agar mengurangkan 10 peratus penggunaan air di rumah untuk memastikan bekalan mencukupi sehingga 2020. Kita menyasarkan penggunaan air daripada 827 juta liter sehari (JLH) (2016) turun kepada 778 JLH pada tahun ini," katanya.
Jaseni berkata, pengguna domestik Pulau Pinang menggunakan air melebihi semua industri termasuk hotel dan perusahaan komersial.
Sumber: Sinar Harian