Abang Sado Order Singlet Online, Tapi Dapat Dress Ketat


MEMBELI-BELAH dalam talian merupakan kaedah paling mudah dan digemari golong muda zaman sekarang kerana tidak perlu bersusah payah untuk berasak-asak dengan orang ramai.

Namun kaedah sebegini tetap mempunyai risikonya seperti ditipu oleh penjual atau barangan yang dibeli berbeza dengan yang dikongsikan.

Beberapa hari lalu, laman Facebook tular dengan perkongsian seorang lelaki bernama Jeremy Russel Priola yang berkongsi foto dirinya mengenakan dress ketat dan seksi berwarna kelabu.

Menurut Priola, dress kelabu itu diperolehinya daripada Amazon.com setelah pihak jual beli dalam talian itu ‘keliru’ dengan pesanannya.

Di status Facebooknya, Priola berkongsi rupa asal baju singlet yang ditempahnya berserta fotonya menggayakan ‘singlet’ yang dihantar oleh pihak Amazon.


“I got this tank top on Amazon and they sent me a dress. On the plus side t does make my ass look great,” tulis statusnya.

Foto Priola menggayakan ‘singlet’ dibelinya membuatkan pengguna laman sesawang geli hati sehingga menerima 49 ribu kesukaan dan 44,579 perkongsian sejak dimuat naik. –Kedahnews.com