Acha Septriasa Bunting Pelamin, Hamil Anak Pertama


TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Indonesia, Acha Septriasa, 27, yang baru-baru ini mengesahkan diri kini sedang hamil anak pertama.

Acha yang mencipta nama di Malaysia menerusi filem My Heart berkongsi berita itu kepada peminatnya menerusi laman Instagramnya.

“Happy mom to be and wife (bakal ibu dan isteri bahagia),” tulis Acha Septriasa.

Difahamkan, Acha bunting pelamin memandangkan usia kandungannya sudah mencecah usia tiga bulan tiga minggu.

“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik.

“Ternyata saya gembira untuk berkongsi berita ini kepada semua orang dan berharap agar mereka dapat mendoakan keadaan kesihatan saya bersama bayi dalam kandungan.

“Saya tidak mengalami alahan yang begitu teruk dan cuma teringin makan murtabak serta empal gentong iaitu sejenis masakan tradisional masyarakat Cirebon Jawa Barat,” katanya kepada sebuah media tempatan.

Acha mendirikan rumah tangga bersama Vicky Kharisma pada 11 Disember tahun lalu dan kini menetap di Sydney, Australia.

Selain berlakon, Acha juga popular menerusi lagu dendangannya, Sampai Menutup Mata. –Kedahnews.com