RATU dangdut tanah air, Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina akui tertekan dalam memenuhi kehendak peminat yang menginginkan imej dirinya yang dahulu.
“Banyak permintaan bila nak keluar album? Zaman dulu mana ada lagu single? Tetapi permintaan mereka ini menyebabkan tekanan yang amat sangat sebab mereka nakkan Amelina yang lama, nakkan muzik Amelina yang lama. Mana I nak cari?” soalnya kepada portal BERITAMediacorp.
Amelina atau lebih mesra dipanggil Alin membuat kemunculan semula sekitar 2014 setelah sekian lama menyepi selama 15 tahun tidak berjaya menghilangkan ‘kehausan’ para peminatnya yang merindukan rentak lenggok alunan dangdutnya yang dahulu.
Tambah menyedihkan penyanyi ini, apabila single terbaharu berjudul Cinta Harus Seksi yang dihasilkan Ajai pada tahun lepas juga tidak berjaya mendapat sambutan peminat-peminatnya.
Namun dia tidak menyalahkan Ajai kerana mengerti dan faham bahawa dangdut bukan ‘makanan’ Ajai apatah lagi itu adalah percubaan pertamanya.
“Mungkin Ajai bukan dalam kategori dangdut. Itupun adalah percubaan pertama Ajai. Peminat-peminat tidak boleh terima muzik yang terlampau moden. Lenggok dia dangdut tapi ‘punch’ dan ‘feel’ dangdut tu Alin tak dapat.”
Rata-rata peminat Alin masih ‘dihantui’ lagu-lagu hits dangdutnya seperti Rindu, Semakin Rindu Semakin Asyik, Asyik dan Memori Daun Pisang (berduet dengan Iwan).

Menurut Alin, dia ada berusaha untuk berkolaberasi kembali dengan komposer Iwan namun tidak berjaya kerana Iwan telah ‘bersara’ dari dunia hiburan.
“Iwan dah tak aktif, dah tak mungkin untuk dia buat irama dangdut walaupun I merayu sekali pun, dia tetap dengan pendirian dia dan I pun dah tak boleh nak kacau pendirian dia,” jelasnya.
Tertekan mencari ‘taringnya’ yang dahulu, Alin nekad untuk mencuba mencipta lagu dan melodinya sendiri. Dalam pada masa yang sama berhasrat untuk mempunyai sebuah album penuh berkonsepkan dangdut.
Hasrat itu telah pun disampaikan kepada pengurusannya iaitu Wake The Baby Records yang juga dimiliki oleh komposer Ajai.
“Kalau Alin tak berjaya terbitkan album sendiri pun, sekurang-kurangnya Alin dah berjaya kumpulkan lagu-lagu. Itu adalah kepuasan hati Alin.
“Kalau dangdut I nak buat ni tak berjaya jugak, maksudnya memang peminat-peminat terperangkap dengan Amelina yang lama dulu (ketawa) sampai boleh muntah. Benda ini rezeki Allah, kalau rezeki I ada, adalah,” katanya.
Meskipun kemunculan semulanya tidak segah dirinya yang dahulu, namun Alin memuji rakan seperjuangannya Zarul Ambrella dan Baggio Damasutra.
Mereka berjaya membuat comeback dan diterima baik peminat masing-masing walaupun lama menyepi dari industri hiburan tempatan. –Kedahnews.com