Anak Shah Rukh Khan Ada Tatu Di Dada?


Bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan, 51, atau lebih dikenali sebagai King Khan sering dilihat bersama anak bongsunya AbRam Khan, 4,dan gelagat mereka berdua pasti menjadi buah mulut di media sosial.

Baru-baru ini, pelakon yang popular dengan filem Dilwale itu hadir bersama anaknya menyaksikan perlawanan kriket, Kolkata Knight Riders menentang Gujarat Lions.

Kali ini, penampilan AbRam mencuri perhatian apabila lukisan tatu dapat dilihat di bahagian kanan dadanya.


Tatu tersebut juga menyerupai tatu yang terdapat di dada King Khan.

Gambar yang dimuat naik menerusi portal bollywoodlife.com itu menunjukkan kedua-kedua bapa dan anak itu mengenakan kemeja-T berwarna putih semasa menonton perlawan tersebut.

Bagi mereka yang meminati dunia hiburan Bollywood, mereka tahu bahawa King Khan merupakan seorang artis yang berani melakukan sesuatu perkara walaupun ia berbeza daripada rakan artis lain. – Kedahnews.com