Abdul Aziz menunjukkan ayam dibekalkan syarikat Ayam Al-Toyibah yang sentiasa segar, bersih, halal dan selamat untuk dimakan. |
KULIM - Isu status halal ayam sering diperkatakan masyarakat sehingga menimbulkan perasaan waswas yang boleh menyebabkan haram untuk dimakan.
Menyedari kebimbangan masyarakat mengenai isu berkenaan, seorang pengusaha rangkaian kedai makan, Abdul Aziz Shaik Ahmad tekad untuk membuka kilang pemprosesan Ayam Al-Toyibah di Jalan Perusahaan, Taman Industri Waja, di sini, sejak tiga tahun lalu.
Menurut Abdul Aziz, penubuhan kilang itu untuk membantu orang ramai membuat pilihan tepat dalam mendapatkan bekalan makanan halal dan segar khususnya ayam.
“Sebenarnya tak banyak kilang ayam diusahakan orang Islam dan Bumiputera. Di Kulim sendiri masih sukar untuk masyarakat dapatkan bekalan ayam yang dijamin halal.
“Jadi kita harap inisiatif ini dapat bantu masyarakat membuat pilihan terbaik terutama masyarakat Muslim yang wajib memastikan makanan dimakan halal bermula daripada proses sehinggalah kepada penyediaannya," katanya.
Pekerja diiktiraf
Abdul Aziz berkata, bertepatan dengan moto syarikat 'yang halal itu fardu, yang segar itu perlu', ayam diproses di sini turut menjalani beberapa langkah bagi mendapatkan kualiti terbaik.
Menurutnya, mereka juga sentiasa memastikan proses penyembelihan dilakukan pekerja yang mempunyai pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam negeri yang sah dan berpengalaman.
“Lebih menarik, ayam juga akan dimandi dan direhatkan sebelum penyembelihan supaya lebih bersih serta berada dalam keadaan tenang kerana kaedah ini dapat memberi mutu daging yang lebih baik.
"Ayam disembelih di sini juga menggunakan shackle bagi memastikan pendarahan lebih sempurna dan mengelakkan ayam mati kerana lemas. Seterusnya ayam telah diproses akan disimpan dalam peti sejuk beku pada suhu tidak kurang daripada -18°C untuk tahan lama dan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 1 hingga 100°C untuk menunggu penghantaran kepada pelanggan dengan menggunakan trak sejuk beku,” katanya.
Tambah Abdul Aziz, menyedari kepentingan memastikan produk makanan itu selamat dimakan, syarikat Ayam Al-Toyibah turut mendapatkan sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
“Sijil ini menunjukkan kita telah melaksanakan program jaminan keselamatan makanan bagi meningkatkan tahap kemajuan dan pendapatan pengusaha makanan,” katanya.
Tawar harga lebih rendah
Abdul Aziz berkata, syarikatnya mampu membekalkan lebih 3,000 ayam sehari untuk memenuhi permintaan masyarakat yang mementingkan isu halal dalam setiap makanan.
Katanya lagi, memahami tekanan dihadapi masyarakat, pihaknya turut menawarkan harga lebih rendah daripada pasaran, walaupun mereka hanya membeli seekor ayam.
Lebih menarik, Abdul Aziz tidak lokek untuk berkongsi keuntungan bersama pelanggan dengan memberi bonus raya setiap tahun.
“Insya-ALLAH, kita akan sentiasa memastikan bekalan mencukupi untuk memenuhi permintaan orang ramai. Kita juga tawarkan harga lebih murah daripada pasaran walaupun hanya beli seekor ayam, tapi mereka perlu datang sendiri ke sini.
“Kita bukan hanya nak cari keuntungan semata-mata, tetapi juga menghargai pelanggan setia untuk berkongsi keuntungan. Pelanggan beli borong 50 ayam setiap hari sepanjang tahun layak dapat bonus raya daripada kita sehingga RM3,500,” katanya.

Sumber: Sinar Harian