BAGI umat Islam yang lain tentunya rasa syahdu dan sayu apabila mendengar alunan azan, tapi lain pula pendapat aktivis bebas ini yang meletakkan syarat untuk laungan azan tersebut.
Menerusi akaun Twitternya @ladymissazira, gadis ini melontarkan pandangannya supaya masjid atau surau yang berada dalam kedudukan 50 meter dari kawasan perumahan sepatutnya disyaratkan untuk mendapatkan kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan lima kali sehari.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada gadis yang difahamkan bernama Azira Aziz ini ada menghadiri atau terlibat dengan perhimpunan Anti RUU 355 di Petaling Jaya Februari lalu atau tidak.
Azira turut meluahkan padangan bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang dibawa masuk dari negara Arab kedalam masyarakat Melayu, satu masalah fundamentalisme yang melanda negara pada ketika ini.
Perkembangan ini dikatakan berpunca dari ramainya graduan Islam negara ini yang menuntut di negara Timur Tengah dan menuntut agar penghantaran pelajar ke negara seperti Arab Saudi dihadkan.
“Sekiranya kerajaan menghadkan penghantaran pelajar dan kemasukkan tenaga pengajar Islam dari rantau Arab mungkin rakyat negara ini akan hidup dengan lebih aman lagi,” tulisnya.
Pandangan aktivis bebas itu susulan Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.
Kenyataannya itu menjadi viral di Twitter sekaligus mencetus perasaan marah dan menganggap beliau sebagai seorang Islam liberal seperti yang diamalkan oleh sebilangan ahli politik dan aktivis sosial yang berselindung di sebalik "hak asasi manusia" di negara ini. –Kedahnews.com