SEORANG bapa mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan anak perempuannya berusia enam tahun yang terkencing dalam seluar di sekolah.
Bapa berkenaan, Ben sanggup merenjis air ke seluarnya seolah-olah dia juga terkencing dalam seluar, ketika mengambil anaknya di sekolah di Utah, Amerika Syarikat.
Ia bermula apabila isterinya, Connie Sowards menerima panggilan dari sekolah yang memaklumkan anak mereka, Valerie sangat sedih kerana peristiwa berkenaan dan menangis. Valerie juga mahu segera pulang ke rumah.
Connie kemudiannya memberitahu Ben dan suaminya itu terus ke sekolah untuk mengambil Valerie.
Ben bagaimanapun terpaksa memikirkan cara untuk menceriakan kembali anaknya lalu dia telah merenjis air ke seluarnya untuk menunjukkan kepada Valerie bahawa anaknya itu tidak keseorangan dalam perkara tersebut.
Selepas tiba di sekolah, Ben menemui Valerie yang sedang trauma dan meminta beg galas anaknya untuk menutup seluarnya yang basah itu, seolah-olah seperti dia telah terkencing dalam seluar.
“Dia melihat saya dengan wajah yang sangat terkejut dan kemudian ketawa,’’ kata Ben. Ternyata lakonannya itu berjaya menghiburkan anaknya itu.
Kejadian itu bagaimanapun diketahui ramai selepas seorang lagi anak Ben, Lucinda memuatnaik gambar ayahnya itu dalam Twitter.
Gambar berkenaan mendapat perhatian dengan ramai yang memuji Ben dan menyifatkan dia sebagai `dad of the year’ kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk menghiburkan anaknya.
Menurut Lucinda, ayahnya mengajar mereka untuk berada di dalam satu pasukan.
“Jika seorang mendapat malu, yang lain akan malu juga. Begitu juga jika salah seorang daripada kami gembira, yang lain juga akan gembira,” kata Lucinda. – Kedahnews.com