Bukan Ambil Kesempatan Atas Ayda Jebat, Hanya Ikut Skrip - Redza Rosli


ALOR SETAR - Redza Rosli di kritik netizen gara-gara "sengaja" memeluk bahu aktres popular, Ayda Jebat dalam satu segmen di malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 yang lalu.

Adegan mesra diantara Redza dan Ayda dianggap sebagai melampau kerana perbuatan berpelukan diantara lelaki dan wanita bukan muhrim dihadapan khalayak umum dianggap melampaui batas-batas sebagai seorang individu beragama Islam.

Menurut Redza, tindakannya memeluk bahu Ayda bukanlah sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap penyanyi lagu 'Pencuri Hati' tersebut tetapi hanya mengikut skrip dan arahan pengarah, Erma Fatima.

Dikatakan, segmen berkenaan memerlukan mereka seolah-olah sedang berlakon di lokasi drama.

"Tiada apa yang pelik berlaku pada malam itu kerana kami hanya menurut arahan pengarah.

"Tidak mungkin saya melakukan sesuatu yang akan menimbulkan kontroversi malah saya lega kerana penonton dan peminat memahami kami hanya melunaskan tugas sebagai penyampai anugerah.

"Malah ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia cuma lakonan semata-mata," ujar Redza yang tidak mahu isu tersebut dipanjangkan.

Pada masa yang sama, Ayda ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi terbabit.

Terdahulu, Redza dan Ayda pernah digosipkan sebagai pasangan kekasih kerana sering memuat naik foto mesra mereka berdua di Instagram namun dinafikan Redza dan menyatakan mereka hanya sekadar kawan baik. - Kedahnews.com