SETELAH dikurniakan tiga orang cahaya mata, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkata dia tidak lagi mahu menambah bilangan ahli keluarga.
Wanita berusia 44 tahun ini mempunyai dua orang anak lelaki, Ammar Effendy, 21, dan Aniq Ezzra, 19, daripada perkahwinan pertamanya dan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 2, hasil perkahwinannya dengan aktor Zain Saidin.
“Rasanya tak. Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya.”
Tambah Che Ta lagi, mempunyai tiga orang anak sudah dikira sangat baik.
“Aaisyah pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah,” jelasnya lagi.
Menurut Che Ta lagi, komitmen kerjayanya yang padat membuatkan dia tidak cukup masa untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Che Ta juga memegang prinsip enggan mengambil mudah soal anak-anak apatah lagi apabila mereka sedang meningkat dewasa. –Kedahnews.com