Chef Wan Maki Hamun, Hampir Belasah Anak "Zalimi" Menantunya


NAMA chef selebriti terkenal, Chef Wan atau Datuk Redzuwan Ismail kembali hangat baru-baru ini selepas beliau membuat pendedahan mengenai kepincangan rumah tangga anak perempuannya, Serina di laman Instagram.

Dalam pendedahan itu, Chef Wan menyatakan Serina ‘dizalimi’ suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh dari segi nafkah kewangan sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka.

Namun, Serina dilihat mengambil pendekatan enggan memberikan butiran lanjut mengenai hal rumah tangganya di mata umum.

Sementara itu, menerusi satu komen di ruangan Instagramnya, Chef Wan mendedahkan beliau sudah hampir setahun tidak bertegur sapa dengan anak lelakinya, Chef Riz.

Dalam komennya itu, Chef Wan menjelaskan perkara itu berlaku kerana beliau tidak bersetuju dengan sikap anaknya dalam melayani bekas menantunya, Shikin Maembong.

Justifikasinya di sini, Chef Wan ingin menerangkan bahawa beliau tidak pilih bulu, sekiranya anak lelakinya sendiri ‘menzalimi’ isteri, beliau sama sekali tidak akan berpihak kepada anaknya itu.

“U can even asked my ex daughter in law, Shikin Maembong apabila my son menzalimi my menantu, saya maki hamun beliau and almost went to the house to belasah beliau.

“Sampai hari ini dah hampir setahun i have not spoken to my son! Tetapi saya tetap menjaga hati menantu saya mau pun cucu-cucu saya. Saya sanggup buang anak saya dari melihat dia (bekas menantu) dizalimi. I have no respect for man who mistreated their wife biar pun anak lelaki saya sendiri,”
tulis Chef Wan.

Riz berpisah dengan Shikin yang juga merupakan kakak kepada Emma Maembong pada Jun tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurnikan cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya, 2 tahun.

Terdahulu, Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia.

Mereka bercerai pada 10 Disember 2012 selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga. –Kedahnews.com