Anggota bomba sedang melakukan kerja memotong cincin kepada seorang mangsa yang gagal mengeluarkan dan terpaksa menahan kesakitan sejak dua hari lalu. |
KULIM - Seorang pesara polis terpaksa menahan sakit selama dua hari apabila cincin yang dipakai di jari manis tangan kanannya gagal dikeluarkan.
Menurut sumber, akibat jari yang semakin membesar dan tidak selesa mangsa berusia lebih kurang 50an itu cuba untuk menanggalkan cincin suasa dipakainya sekian lama namun gagal.
Malah, mangsa juga cuba menggunakan memotong sendiri menggunakan gergaji besi namun tidak berjaya.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman mangsa yang tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya telah ke Balai Penyelamat Bomba Kulim.
"Dia telah datang sendiri ke balai mengadu jari yang dipakainya tidak boleh dikeluarkan walaupun menggunakan pelbagai cara termasuk cuba memotong dengan gergaji.
"Pihak bomba telah bertindak memotong cincin suasa yang dipakainya menggunakan mesin pemotong, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja penderitaan mangsa tersebut sudah berakhir.
"Mangsa juga telah menerima sedikit rawatan dari unit EMRS Bomba di jarinya akibat luka berkemungkinan berpunca daripada cubaan mengeluarkan cincin tersebut secara paksa oleh mangsa bagi mengelakkan jangkitan kuman,"katanya.