KUALA LUMPUR – Stadium Nasional Singapura nyata gelanggang bertuah buat atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh yang bukan saja mencipta rekod baharu kebangsaan 2.30 meter, tetapi juga mendapat tiket beraksi di Kejohanan Dunia di London dari 4 hingga 13 Ogos.
Catatannya semalam di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura membolehkannya memadam rekod lama 2.29m miliknya sendiri yang dilakukan di gelanggang dan kejohanan sama tahun lalu, yang melayakkannya ke Sukan Olimpik Rio 2016.
Nauraj berkata beliau tidak menyangka dapat melepasi ketinggian 2.30m yang juga had kelayakan untuk ke Kejohanan Dunia kerana Terbuka Singapura hanya dijadikan sebagai ‘pemanas badan’ sebelum menyertai dua pertandingan di Jepun bulan depan.
“Pencapaian di sini memberikan saya semangat untuk berdepan pelompat tinggi terbaik dunia di Grand Prix Shizuoka dan Cabaran Kawasaki Dunia selepas gagal memberi aksi meyakinkan di Sukan Olimpik lalu,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.
Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim turut gembira dengan kejayaan Nauraj dan yakin atlet itu mampu menyumbang pingat emas di Sukan SEA nanti.
“Kami akan memberikan insentif khas RM5,000 kepada Nauraj atas kejayaannya dan berharap ia akan meningkatkan keyakinannya untuk memenangi emas di Sukan SEA nanti.
“KOM juga berharap kejayaan ini akan menjadi batu loncatan kepada atlet lain untuk menyamai pencapaian seperti itu di kejohanan akan datang,” kata Karim.
KOM menghantar 27 peserta termasuk dua atlet paralimpik, Abdul Latif Romly yang juga Olahragawan Kebangsaan 2016 dan Muhammad Ziyad Zolkefli ke Terbuka Singapura.
Sebelum ini, Abdul Latif dan Muhammad Ziyad yang memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016, meluahkan keinginan untuk beraksi di Sukan SEA 2017 tetapi perlu melepasi had kelayakan yang sama seperti atlet normal. – BERNAMA