Dalam Gemuruh Berdebar, Hafiz Hamidon Rancang Bulan Madu Ke 5 Negara


Bakal pengantin  Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang bakal diijabkabulkan pada Isnin hadapan ini bakal terbang ke lima buah negara sebagai destinasi bulan madu mereka.

Jelas Hafiz, dia bakal mengerjakan umrah pada bulan Ramadan dan bakal disusuli dengan percutian berbulan madu ke Taiwan, London, Itali dan juga Phuket.

“Saya dan bakal isteri sudah memilih lima buah negara untuk destinasi berbulan madu. Tapi ada beberapa destinasi merupakan tajaan pihak-pihak tertentu. Kita doakan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Hafiz mengakui dia berasa gemuruh dan berdebar menunggu tarikh pernikahan dengan pengasas kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd. Amin pada 1 Mei ini di Shah Alam.

Jelasnya, dia sebolehnya tidak mahu memikirkan soal debaran pernikahannya dan hanya mengharap agar segala perancangan yang sudah disusun lengkap akan berjalan lancar.

“Kalau boleh saya tidak mahu fikir soal gemuruh atau berdebar semua ini. Kalau fikir nanti lagi berdebar. Jadi, saya dan kru majlis sudah menyusun atur segala kelengkapan. Harapnya berjalan lancar.

“Sebenarnya, sehari sebelum majlis pernikahan saya berada di Kota Kinabalu untuk memenuhi undangan persembahan yang sudah direncana awal. Tapi rasanya semua okay sahaja.

“Saya pun awal-awal mahu minta maaf kepada semua tetamu sekiranya nanti ada cacat cela yang tidak dapat dielakkan semasa majlis berlangsung. Kami hanya mampu merancang kelancaran majlis tersebut,” katanya lagi.-Kedahnews.com