Long menunjukkan replika rumah dihasilkannya. |
KUALA NERANG - Seorang warga emas masih meneruskan minatnya sebagai tukang kayu walaupun usia kini 87 tahun dan dengan kudratnya yang terbatas tidak menjadi penghalang bagi meneruskan kerjayanya itu.
Ismail Said atau lebih dikenali dengan nama Long dalam kalangan penduduk, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam kerjayanya sebagai tukang rumah.
Bagaimanapun dengan usianya yang terbatas, dia kini beralih ke seni pertukangan rumah itu dengan membina rumah replika.
Menurut Long, rumah replika dibinanya itu bagi mengisi lapang dan sesuai dengan usianya yang semakin tua.
Bagaimanapun, hasil tangannya itu mendapat perhatian daripada orang ramai hingga ada antara mereka turut menempahnya.
“Rumah replika ini tidak menggunakan sebarang modal kecuali membeli gam dengan harga RM5 saja. Keunikan replika rumah yang saya hasilkan ini terletak pada bahan-bahan digunakan seperti tikar buluh terpakai, lidi sate dan kayu yang boleh diperoleh di tepi hutan.
“Selain itu, saya akan bina replika ini sama dengan rumah tradisional Melayu yang pernah saya bina sebelum ini. Ini sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu dengan kenangan lama tinggal di rumah seperti itu,” katanya yang ditemui di Kampung Bendang, Mukim Belimbing Kanan, di sini.
Tambahnya lagi, kerjayanya itu adalah sangat rumit dan merenyahkan, atas faktor itu juga menyebabkan dia tidak tidak mahu melakukannya secara sepenuh masa, sebaliknya membuatnya mengikut mood tanpa paksaan daripada mana-mana individu.
“Membuat replika rumah sebenarnya sangat rumit dan menuntut kesabaran yang tinggi kerana perlu dilakukan secara teliti dan cermat. Replika ini kecil lebih rumit walaupun kudratnya tidak sama dengan membuat rumah sebenar.
“Setiap replika yang saya hasilkan akan mempunyai serambi, ruang tamu, bilik atau ruang dapur yang turut dipanggil anak gajah kerana ruangnya lebih kecil berbanding ruang tamu serta bilik.
“Jika ada bahan atau kayu, saya akan bina tiang dan merangka ‘ibu rumah’. Bahagian paling sukar dibina ialah tingkap dan pintu kerana strukturnya yang kecil memerlukan ketelitian yang tinggi,” kata bapa kepada lima anak itu.
Menurut Long, dia sedia menerima tempahan daripada orang ramai jika berminat, tetapi memerlukan masa untuk menyiapkan sesebuah replika rumah.
Dalam masa sama, replika itu juga diharap akan menjadi contoh kepada generasi akan datang supaya nilai seni rumah Melayu tradisional tidak akan ditelan zaman.
Sumber: Sinar Harian