Datuk Seri Vida Mahu Jadi Penyanyi Lagu Viral Pula


MUNGKIN belum puas muncul di kaca televisyen sebagai tetamu istimewa dalam pelbagai program dan acara hiburan, Datuk Seri Vida (DSV) kini memasang angan-angan untuk menjadi penyanyi pula.

Dan untuk membuktikan dia bukan hanya sekadar omong kosong, pengasas produk kecantikan dan kesihatan Vida Beauty itu kini sedang giat berusaha untuk mendapatkan penerbit dan penulis lirik untuk lagunya itu.

"Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro. 

"Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa," katanya kepada portal Projek MMO mengenai hasratnya yang ingin menjadi penyanyi.

Lagu yang penuh keunikan itu pernah menjadi perhatian dunia sekitar tahun lalu sehingga penyanyi antarabangsa, Justin Bieber juga pernah melabelkannya sebagai lagu yang paling digemarinya di Internet.

Lagu pendek namun mencetuskan fenomena luar biasa itu pernah berada di tangga 77 carta Billboard Hot 100.  -Kedahnews.com