POKOK SENA - Umno Bahagian Pokok Sena hanya akan memantau dan mengikuti debat Naib Ketua Bahagian, Haris Che Mat dengan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dijangka diadakan pada 8 atau 15 April nanti.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata, debat antara Haris dengan bekas majikannya itu adalah bersifat peribadi dan tidak membabitkan Umno bahagian dan negeri.
Katanya, debat itu dikatakan secara peribadi kerana sebelum ini setiap mesyuarat yang diadakan tidak pernah ada usul.
“Sudah tiga kali mesyuarat bahagian dilakukan dan Haris tidak pernah menyebut beliau akan berdebat dengan Mukhriz, malah dalam sidang media lalu, Haris sendiri membuat kenyataan bahawa perdebatan itu tidak melibatkan Umno bahagian atau negeri.
“Bagaimanapun sebagai ahli politik yang mempunyai jawatan di bahagian, saya akan sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan beliau. Sebagai ahli Umno, kami hanya menyokong serta mempertahankan institusi dan struktur Umno bukannya individu.
“Sebelum ini Mukhriz merupakan pengerusi badan perhubungan Umno negeri dan kami meletakkan taat setia dan memberi sokongan kepada beliau dalam segala perjuangan. Bagaimanapun selepas meninggalkan Umno dan menubuhkan PPBM, kini kami menganggapnya sebagai musuh yang mesti ditentang dalam politik,” katanya.
Tambahnya lagi, sebelum ini pun, pihaknya sendiri tidak mengetahui mengenai perdebatan itu dan hanya mengetahuinya melalui media massa sahaja.
Umno bahagian tidak akan mencampuri isu yang akan didebatkan kerana menganggap Haris lebih arif mengenai tindakannya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Penaja PPBM Pokok Sena, Azhaily Zainol Abidin berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan perdebatan itu walaupun tidak diadakan di Pokok Sena.
Katanya, pihaknya sangat berharap syarat perdebatan yang akan diadakan itu lebih seimbang mengikut peraturan debat seperti dilakukan .
"Ahli PPBM berharap perdebatan itu tidak mengikut emosi hingga boleh membuka keaiban masing-masing. Biarlah medan perdebatan itu akan menjadi titik noktah dan tidak ada lagi siri-siri tohmahan yang berlaku seperti sebelum ini,” katanya.
Pada 23 Mac lalu, Haris mencabar bagi mengadakan perdebatan dengan Mukhriz mengenai kekayaan yang dimiliki oleh anak-anak Tun Mahathir.
Dua hari lalu, Haris menyerahkan borang permohonan rasmi kepada pihak polis Kubang Pasu bagi mendapatkan permit membolehkan debat diadakan pada Sabtu ini.
Sumber: Sinar Harian