Diiring Bodyguard "Pinjam", Nadia Brian Bercinta Lelaki VVIP?


Baru beberapa tahun berkecimpung dalam industri hiburan, pastinya membuatkan ramai terkejut apabila pelakon Nadia Brian dikatakan kini sudah mampu mengupah dua pengawal peribadi.

Gosip itu bertebaran selepas pelakon drama Akulah Balqis ini dilihat hadir ke pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 pada 9 April lalu diiringi dengan dua pengawal peribadi.

Menjawab gosip itu, Nadia mengakui dua lelaki itu ditugaskan untuk mengiringinya namun bukanlah berkhidmat secara tetap.

Sebaliknya, dua pengawal peribadi itu adalah pekerja kepada lelaki yang akrab dengannya kini


“Bukan pengawal peribadi saya, siapalah Nadia Brian nak pasang bodyguard. Mereka sebenarnya adalah pengawal peribadi kepada seorang kenalan baik saya.

“Saya hanya pinjam sekejap untuk ke majlis itu, mereka tolong hantar saya ke sana bagi memudahkan urusan parkir.

“Bukan saya seorang, Reen Rahim pun ada bersama saya,” katanya, memetik laporan mStar.

Pada masa yang sama, Nadia menafikan sedang bercinta seorang anak VVIP berikutan lelaki itu mengarahkan dua penjaga peribadinya untuk mengawal keselamatannya.

“Lelaki itu adalah teman baik saya. Kami kenal sejak 2013 sebelum saya menyertai dunia lakonan, masa itu saya masih belajar di UiTM.

“Kami memang berkawan rapat, tapi dia hanyalah orang biasa, bukan anak VVIP seperti yang didakwa.

“Sudah empat tahun kami berkenalan, saya memang selesa ketika bersamanya. Namun jika nak katakan dia adalah teman lelaki saya, itu tak pasti.

“Tunggulah, kalau ada apa-apa maklumat mengenainya saya akan kongsikan,” katanya. –Kedahnews.com