Dr. Leong melihat keadaan tulang belakang Nur Athirah yang bengkok dan memerlukan dana untuk pembedahan yang dijadualkan Julai depan. |
KULIM - Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang menghidap masalah tulang belakang bengkok mendapat perhatian Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong, baru-baru ini.
Nur Athirah Zulkifli yang memerlukan dana RM23,000 perlu menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang dijadualkan pada Julai depan.
Yong Kong berkata, pihaknya akan cuba membantu keluarga terbabit melalui agensi kerajaan berkaitan terutama di bawah portfolionya.
“Jika keluarga ini perlukan bantuan berkaitan hospital, saya boleh bantu ketengahkan permohonan mereka.
"Kebiasaan pembedahan di hospital kerajaan tidak dikenakan bayaran, yang perlu dibayar pesakit adalah kos peralatan yang digunakan,” katanya.
Menurutnya, keluarga terbabit tidak perlu bimbang kerana terdapat seorang pegawai sosial di hospital yang akan membantu pesakit menguruskan permohonan bantuan.
“Doktor yang merawat pesakit akan berhubung dengan pegawai sosial dan mereka akan pertimbangkan bagi mengurangkan kos pembedahan, pesakit tidak perlu bimbang,” katanya.
Yong Kong berkata, orang ramai juga perlu memainkan peranan membantu pesakit supaya rawatan dapat dijalankan dengan lancar pada masa ditetapkan.
“Bantuan orang ramai dan NGO melalui media sosial serta media cetak diharap dapat menolong menambahkan kewangan untuk kos pembedahan,” katanya
Terdahulu, media melaporkan seorang pekerja buruh ladang, Zulkifli Mohd Rejab merayu bantuan orang ramai untuk kos pembedahan tulang belakang anak perempuannya yang bengkok.
Kos rawatan berjumlah RM23,903 diperlukan untuk pembedahan di HUKM pada Julai depan, namun Zulkifli perlu menjaga ayahnya, Mohd Rejab Abdullah, 75, yang diserang strok.
Sehubungan itu, orang ramai yang simpati dengan nasib keluarga itu boleh menghulurkan sumbangan kepada Zulkifli di talian 011-11011925 atau 017-5258740.
Sumber: Sinar Harian