SINGAPURA - Seekor anak anjing ditemui di Pasir Ris Farmway tanpa ekor, Jumaat, dipercayai kes dera.
Sam Chan, seorang pelatih anjing berusia 48 tahun memuat naik video dan beberapa keping gambar di Facebook pada Jumaat menunjukkan keadaan seekor anjing yang ekornya 'hilang'.
Posting itu dikongsi lebih 3,600 kali.
"Saya tak tahu siapa yang sanggup melakukannya, mereka ini tak berhati perut," katanya kepada The Straits Times, Sabtu.
Beliau berkata seseorang telah menjumpai anak anjing itu di Pasir Ris Farmway dan ia kini berada di bawah jagaan veterinar.
Chan, yang telah bekerja di situ lebih kurang tujuh tahun berkata beliau berpendapat kes ini berkemungkinan adalah kes penyalahgunaan haiwan kerana jelas sekali ekornya dipotong dan tidak mungkin berlaku secara kebetulan.
Derrick Tan, presiden kumpulan menyelamat anjing Voices for Animals, memberitahu ST bahawa luka yang dialami anak anjing itu telah berulat.
Sumber: mStar