MUNGKIN rata-rata daripada kita tidak menyangka wanita secantik Faradhiya akan menghadapi masalah ‘lambat’ bertemu jodoh, namun itulah yang sebenarnya sedang berlaku.
Bagaimanapun, dia masih waras dan tidaklah ‘terdesak’ untuk menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa sahaja lelaki yang cuba mendekatinya, termasuklah suami orang.
Sebagai wanita berkelas dan mempunyai prinsip, penyanyi itu menolak sekiranya dirapati oleh lelaki yang sudah berkahwin.
“Rasanya semua perempuan tidak mahu bercinta dengan lelaki yang berstatus suami orang.
“Sebaik-baiknya yang mendekati kita tu haruslah masih bujang, malah duda pun tak jadi masalah. Zaman sekrang ni kalau nak berkenalan pun kena tanya dahulu sudah kahwin ke belum.” kata Faradhiya.
Menurut Faradhiya lagi, soalan itu sudah menjadi soalan wajib ditanya kepada setiap lelaki yang baru mengenalinya kerana risau jika mereka keluar berdua nanti, dia akan dianggap perampas suami orang pula.
Tambahnya lagi, lelaki pilihannya bukanlah semestinya seseorang itu berharta tetapi memadailah untuk menyaranya serta keluarga. Selain itu, perlulah bersikap matang.
“Bagi saya biarlah orang itu boleh menyara saya, kalau saya tak bekerja pun dia boleh sara juga. Saya tak cakap awak kena bagi saya sebuah banglo, Ferrari dan Lamborghini.
“Kalau umur pula saya pilih seseorang yang matang dan bukanlah lelaki yang berpangkat bapa atau lelaki orang, itu semua minta jauh. Kalau dapat umur lingkungan saya yang masih single pun lagi bagus.
Sebab bapa saya pernah cakap jangan pilih orang yang terlampau berumur sangat nanti hidup dengan dia berapa tahun saja,” katanya sambil berseloroh.
Sementara itu, Faradhiya juga turut berkongsi bahawa sebelum ini ada beberapa lelaki muda yang mengenalinya namun di"reject" kerana berperangai kebudak-budakan serta terlalu mengawal pergerakannya. -Kedahnews.com