Siti Aishah Mansor |
JITRA - Seorang gadis berusia 23 tahun dilaporkan hilang sejak minggu lepas apabila tidak pulang selepas keluar dari kediamannya di Taman Bersatu, di sini, pada 31 Mac lalu.
Ibu mangsa, Mariana Manan,41, berkata, anak sulung dari tiga beradik itu, Siti Aishah Mansor tidak pulang selepas keluar bersendirian menaiki motosikal pada Jumaat lepas.
"Pada hari kejadian, Aishah mengambil adik kembarnya yang bekerja di sebuah restoran segera seperti biasa, sebelum keluar semula tidak lama kemudian.
"Jadi, saya ingat dia hanya keluar untuk membeli kad tambah nilai. Namun, saya menjadi pelik dan tidak sedap hati apabila Aishah masih tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam," katanya.
Katanya, mereka hanya menemui motosikal dinaikinya sebelum hilang yang diletakkan di sebuah stesen minyak selepas mencari sekitar kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, anak perempuan tetap tidak muncul untuk mengambil motosikal terbabit,walaupun mereka telah lama menunggu kehadirannya berdekatan stesen itu.
Mariana berkata,anaknya memakai T-Shirt belang biru dan hanya membawa dokumen pengenalan diri ketika kali terakhir ditemui mereka sekeluarga.
Katanya, mereka sekeluarga merayu bantuan orang ramai untuk memberi maklumat sekiranya ada melihat Aishah kerana dia bimbang keselamatan anak perempuannya itu.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, dia masih belum menerima sebarang maklumat mengenai Aishah, walaupun dia sudah hilang selama seminggu.
Menurutnya, satu laporan polis dibuat mereka di Balai Polis Jitra kira-kira jam 4 petang pada Sabtu lepas berikutan bimbang keselamatan Aishah.
Bagi mereka memiliki maklumat berkaitan Aishah diharapkan menghubungi keluarganya di talian 017-4752431 dan 017-4486214.
Sumber: Sinar Harian