ALOR SETAR - Yammy Samad yang merupakan ibu kepada bekas calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud, dilaporkan naik berang dan menyelar pihak yang dilihat sebagai sengaja menyerang urusan peribadi anaknya.
Memetik laporan dari beberapa portal berita online yang difahamkan berjaya mendapat respon Yammy, dia menuduh pihak tertentu yang menceroboh privasi anaknya itu sebagai "dengki" dan Dyana Sofya tidak wajar diganggu.
“Mengapa mereka dengki sangat dengan anak saya” Apa salah dia? Hak Dyana Sofya dan privasi anak saya jangan diganggu," katanya berkenaan beberapa keping gambar panas mirip anaknya yang tular baru-baru ini.
Menurut Yammy, anaknya sebelum ini telah menjelaskan bahawa dirinya tidak menjalin sebarang hubungan cinta dengan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Namun begitu, dia kesal kerana wujud pihak yang disifatkan sengaja mahu mencari salah anak gadisnya itu.
"Dulu saya sudah pun jelaskan hubungan dia dengan Zairil. Mereka tidak bercinta. Mengapa ada saja pihak nak cari salah mereka?," ujar ibu Dyana Sofya itu.
Selain itu, turut difahamkan Yammy mendakwa wujud usaha pihak tertentu untuk memburuk-burukkan imej DAP di mata masyarakat, sekaligus mahu melihat Dyana Sofya disingkir keluar dari parti tersebut.
Sementara itu Dyana Sofya dalam kenyataannya berhubung gambar-gambar tersebut tidak membuat sebarang penafian atau pengesahan sama ada gadis yang terdapat dalam gambar itu adalah dirinya atau tidak.
Dyana yang kini bertugas sebagai Pegawai Pembantu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, itu hanya mengecam penularan gambar-gambar itu selain menuduh ia adalah bermotifkan politik ekoran musim pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi. - Kedahnews.com