PERTAHANAN kiri Kedah, Mohd Fitri Omar bersyukur kerana menerima tawaran pada minit akhir bagi membuktikan kemampuan dirinya.
Menurut bekas pemain Pulau Piang berkenaan, tawaran dari Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada awal tahun ini telah merealisasikan hasratnya untuk menyarung jersi skuad hijau kuning.
Berikutan itu, Mohd Fitri, 32, tidak berfikir lama untuk menyatakan persetujuan sekali gus mengesahkan dirinya sebagai pemain Kedah.
Meskipun pernah beraksi sebagai penyerang ketika mewakili Majlis Perbandaran Muar dan menjaringkan 19 gol daripada 21 perlawanan, namun dia ternyata tidak janggal untuk turun sebagai pertahanan Kedah ketika ini.
"Semasa menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, hati kecil saya berkata kalau boleh nak main untuk Kedah, kerana pemain mereka bersemangat juang yang tinggi untuk menang.
"Tidak lama selepas itu, Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menawarkan saya untuk beraksi bersama mereka, saya terus terima.
"Pada permulaan menjalani latihan memang terasa sedikit terasing, tetapi rakan-rakan di sini kemudianya membantu dan memberi sokongan yang baik kepada saya," katanya.
Mohd Fitri memberitahu, rezeki bersama Kedah tidak berakhir di situ kerana pada perlawanan pertama Liga Malaysia dia berjaya mendapatkan pingat dan piala pertama selepas memenangi saingan Sumbangsih.
Jelasnya, Kedah juga memiliki campuran barisan pemain terbaik antara muda dan berpengalaman yang menjadikan skuad tersebut konsisten di atas padang.
"Tetapi keadaan saya sekarang tidak begitu baik kerana masih mengalami kecederaan dan berharap akan pulih secepat mungkin.
"Saya bersedia dan menunggu arahan daripada barisan kejurulatihan mengenai persiapan jika perlu beraksi pada perlawanan Liga Super minggu ini," ujarnya.
Sumber: mStar