KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam Malaysia mencontohi umat Islam Jakarta bersatu menumbangkan Gabenornya, Basuki Cahya Purnama (Ahok) dalam pilihan raya baru-baru ini kerana menghina Islam.
Kata beliau, seluruh umat Islam bergembira dengan kemenangan itu kerana ia tercipta atas nama kesatuan umat Islam di Jakarta.
“Saya mengajak seluruh umat Islam untuk bersatu atas nama Islam dan bekerjasama di atas nama kemanusiaan dalam masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama.
“Ingatlah bahawa umat Islam akan kuat apabila berpegang dengan ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Abdul Hadi berkata, pada masa sama, hak dan urusan ibadat orang Islam haruslah dihormati bertepatan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebelum ini menggantung pindaan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor edisi ke-3 melibatkan peruntukan dalam pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
Antara peruntukan itu termasuk rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam kawasan komersial atau dalam jarak 50m dari rumah umat Islam.
Pembinaannya perlu mendapat persetujuan penduduk berbilang kaum yang tinggal dalam lingkungan 200m serta strukturnya tidak boleh tinggi daripada masjid berdekatan. –Kedahnews.com